Panduan



Panduan membeli telekung :

1. Untuk memastikan kekemasan muka ketika memakai telekung, kami memberi 3 pilihan saiz yang berbeza.
2. Saiz telekung yang hendak dibeli diukur mengikut saiz keliling muka
  • S : ~18.5"
  • M : ~19"
  • L : ~19.5"
3. Labuh telekung diukur dari atas kepala hingga ke bawah. Labuh telekung disertakan dalam info setiap jenis telekung. Sila semak sebelum membuat pilihan
4. Semua telekung telah siap dijahit dengan lining. Lining setiap telekung dijahit sehingga menutupi paras dada. Untuk telekung Tanjung, kami juga memberi pilihan untuk lining sehingga paras pergelangan tangan.
5. Kain telekung dijahit dengan getah di pinggang. Labuh kain diukur dari pinggang sehingga menutupi bahagian kaki. Maklumat labuh kain juga terdapat dalam info setiap jenis telekung.

0 comments:

Catat Ulasan